SEOUL– Pihak berkuasa bomba menyatakan bahawa hanya dua orang terselamat dalam nahas pesawat Jeju Air membawa 181 orang dari Bangkok, demikian menurut agensi berita Yonhap seperti laporan akhbar The Guardian hari ini.
Baki 179 penumpang dan kru pesawat Boeing 737 itu dianggap telah terkorban.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika pasukan penyelamat terus mencari lebih banyak mayat yang berada di dalam badan pesawat.
Dua mangsa terselamat itu terdiri daripada seorang penumpang dan seorang kru yang dikeluarkan dari bahagian ekor pesawat.
Mereka kini dirawat di hospital berdekatan.
Boeing 737-800 itu cuba mendarat tanpa tayar selepas gear pendaratannya gagal berfungsi
Kejadian berlaku sekitar pukul 9.03 pagi(waktu tempatan).
Sekiranya angka korban itu disahkan, ia i merupakan nahas penerbangan domestik paling buruk di Korea Selatan. – AGENSI