fbpx

Dua ekor anjing penduduk dibaham harimau di Pos Bihai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan Kelantan memasang perangkap harimau di Pos Bihai, Gua Musang.- FOTO IHSAN PERHILITAN

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memasang dua perangkap harimau belang di Pos Bihai di sini susulan dua ekor anjing peliharaan penduduk Orang Asli mati disyaki dibaham haiwan itu kira-kira dua minggu lalu.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, operasi memasang perangkap harimau itu membabitkan lapan anggota jabatan tersebut.

Katanya, Perhilitan mengalami kesukaran untuk masuk ke penempatan Orang Asli kerana masalah jalan rosak dan berlumpur akibat cuaca hujan.

“Kami berdepan cabaran untuk sampai ke kawasan penempatan Orang Asli itu apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki beberapa kali tersangkut di dalam lumpur dan terpaksa ditarik.

“Anggota Perhilitan berada di kawasan pedalaman Orang Asli selama seminggu untuk memasang perangkap dan memantau keadaan di sana,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, lebih 1,000 penduduk Orang Asli Pos Bihai beransur lega apabila pihak Perhilitan memasang dua perangkap di Kampung Remau dan Kampung Tendrik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Tendrik, Apek Asud, 40, berkata, sebelum ini, rutin harian penduduk terganggu apabila mengesan kehadiran pak belang di kawasan perkampungan mereka.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI