fbpx

Dua anggota tentera didakwa noda budak 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Mahadi (dua dari kiri) dan Aizat Hakim untuk didakwa atas pertuduhan merogol kanak-kanak bawah umur di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Jelawat, Bachok dekat sini pada tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Mahadi Ismail, 39, dan Aizat Hakim Mohammad, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, kedua-dua tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan sama yang ketika itu berusia 10 tahun lapan bulan di Jelawat, Bachok dekat sini pada waktu siang, April tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun sehingga tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala kedua-dua tertuduh diwakili Mohd. Firdaus Zainal Abidin dan Majidah Muhamad.

Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan mangsa dalam kes tersebut merupakan seorang kanak-kanak bawah umur dan baru berusia 10 tahun.

Mohd. Firdaus dalam rayuannya, memohon ikat jamin memandangkan kedua-dua tertuduh yang merupakan penjawat awam memberi kerjasama baik kepada pihak polis selain menyerah diri di Balai Polis Bachok sebelum ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI