PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah diramalkan di seluruh negara pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 9.20 pagi.
MetMalaysia memaklumkan ramalan yang sama turut dijangka akan berlaku di semua kawasan di Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimanapun, cuaca buruk akan melanda Hulu Perak, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang di Perak sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Tambahnya, Pahang turut berdepan dengan amaran cuaca buruk yang sama di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE