fbpx

Brighton bernasib baik insiden menyiku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEDRO (dua dari kiri) terlepas hukuman kad merah biarpun didakwa menyiku Yarmolyuk awal pagi semalam. - REUTERS

BRIGHTON – Brighton bernasib baik mengutip satu mata ke atas Brentford selepas seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun lebih banyak menguasai perlawanan di Stadium Amex awal pagi semalam.

Ini disebabkan The Seagulls hampir beraksi dengan 10 pemain selepas penyerangnya, Joao Pedro tidak dilayangkan kad merah biarpun didakwa menyiku pemain tengah Brentford, Yehor Yarmolyuk.

“Saya amat memahami peraturan jika anda menghayun tangan untuk menyakiti seseorang, sama ada kena atau tidak, ia adalah kad merah,” kata pengurus Brentford, Thomas Frank dengan nada penuh kecewa selepas tamat perlawanan.

Tuan rumah juga bernasib baik apabila jaringan Yoane Wissa hasil hantaran Mads Roerslev juga dibatalkan pengadil disebabkan kedudukan ofsaid.

Malangnya, Brighton gagal mengambil kesempatan terhadap kecederaan hamstring dialami penjaga gol Brentford, Mark Flekken yang beraksi cemerlang menafikan 15 percubaan mereka sepanjang aksi itu.

Pengurus Brighton, Fabian Hurzeler meluahkan kekecewaan apabila pasukannya masih gagal untuk mencatat kemenangan daripada enam perlawanan terakhir sejak kali terakhir menang 2-1 ke atas Bournemouth pada 30 November lalu.

“Perasaan yang sangat kecewa. Suasana di bilik persalinan juga begitu hambar tetapi ini adalah tanggungjawab kami semua dan kami perlu belajar untuk kembali memenangi perlawanan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Brighton kembali mendapat rangsangan terbaik apabila Solly March kembali membuat penampilan selepas berehat panjang disebabkan kecederaan lutut yang serius dialami sejak Oktober tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI