KOTA BHARU – Seramai 26 mangsa yang terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat sejak pagi tadi dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Tanah Merah dekat sini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, setakat pukul 4 petang tadi kesemua mangsa itu terdiri daripada sembilan buah keluarga.
Menurutnya, banjir kilat berlaku di kawasan Kampung Bendang Nyior, Kampung Kelewek, Kampung Batu Gajah, Kampung Manal, Kampuny Bukit Sireh, Kampung Gual Ipoh, Kampung Batu 8 dan Kampung Batang Merbau.
“Dua buah PPS itu Tanah Merah dibuka pada pukul 1.30 tengah hari tadi.
“Sebanyak 11 sungai utama di Kelantan masih berada paras normal dan hanya Sungai Pergau di Jenob, Tanah mencatatkan bacaan amaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE