SEOUL – Sekurang-kurangnya 85 orang terbunuh, manakala dua berjaya diselamatkan setakat ini, kata agensi bomba Korea Selatan selepas sebuah pesawat Jeju Air terhempas ketika mendarat dengan 181 orang berada di dalamnya.
“Setakat ini, dua diselamatkan dan 85 maut,” kata Agensi Bomba Kebangsaan dalam satu kenyataan ketika operasi menyelamat sedang dijalankan.
Dua mangsa yang terselamat iaitu seorang kru dan penumpang, telah dikeluarkan dari serpihan pesawat ketika operasi menyelamat dijalankan, kata agensi bomba.
Video yang dikongsi oleh badan penyiaran tempatan, MBC menunjukkan pesawat Jeju Air berkenaan mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, dengan asap keluar dari enjin, sebelum seluruh kapal terbang itu terbakar dengan cepat.
“Punca nahas dipercayai akibat perlanggaran dengan burung yang digabungkan dengan keadaan cuaca buruk.
“Bagaimanapun, punca sebenar nahas akan diumumkan,” kata Ketua Balai Bomba Muan, Lee Jeong-hyun. – AFP