fbpx

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda Pantai Timur sehingga esok.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat di Pantai Timur termasuk seluruh negeri Terengganu, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan serta Kuantan di Pahang.

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang di Kelantan sehingga esok.

Pahang turut menerima amaran serupa di Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin, manakala di Johor pula melibatkan Mersing.

Sabah juga tidak terkecuali, dengan amaran hujan berterusan dikeluarkan di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mudah alih myCuaca serta laman media sosial jabatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI