fbpx

Air Canada pula mendarat cemas, gear pendaratan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ONTARIO, Kanada – sebuah penerbangan Air Canada terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield selepas gear pendaratannya rosak hari ini(waktu Malaysia), lapor agensi berita Anadolu.

Penerbangan Air Canada 2259 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa St.John sebelum mengalami masalah pendaratan pada pukul 9.30 pagi tadi(waktu Malaysia) yang mengakibatkan pesawat tergelincir dan kebakaran enjin.

Insiden itu mendorong tindakan pantas pasukan kecemasan bagi memastikan keselamatan penumpang dan kru, lapor sebilangan akhbar.

Seorang penumpang, Nikki Valentine memberitahu saluran berita CBC News bahawa tayar pesawat tidak keluar dengan sempurna semasa pendaratan.

“Pesawat itu senget ke kiri dan ketika itu, kami mendengar bunyi kuat seperti terhempas.

“Sayap pesawat bergeser dengan landasan bersama enjinnya,” kata Nikki.

Selepas pesawat mendarat, semua kru dan penumpang dibawa ke sebuah hangar untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Tiada kematian dilaporkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI