fbpx

Aaisyah sedih tengok Che Ta kena kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPERTI orang lain, Aaisyah juga tertanya-tanya adakah ibunya (Che Ta) sudah melangsaikan hutang Mara.

PETALING JAYA – Baru berusia 10 tahun, anak perempuan pelakon sensasi Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana sudah cukup memahami perasaan ibunya yang kini menjadi mangsa kecaman berhubung isu pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah hampir RM1 juta.

Kerisauan kanak-kanak popular itu dizahirkan menerusi pesanan yang dihantar kepada ibu yang lebih mesra dibahasakan Che Ta menerusi WhatsApp.

Di sebalik keprihatinan Aaisyah ada perkara lain yang mengejutkan ramai apabila Che Ta memberitahu Aaisyah dia sudah melunaskan hutang Mara tetapi tidak menyatakan jumlah bayaran sebenar.

“Mummy sudah bayar hutang Mara ke? Jadi sudah tiada apa-apa lagi dengan Mara ke?” soal Aaisyah.

Tenang membalas pertanyaan anak bongsunya itu, Che Ta memberitahu dia sudah membayar pinjaman Mara tersebut

“Dah! Kenapa sayang. Alhamdulillah?” katanya.

Kata Aaisyah, hatinya terluka apabila Che Ta menjadi bahan bualan orang ramai susulan isu tersebut.

“Aaisyah sedih tengok ramai orang mengata mummy. ‘I love you mummy'” ujarnya.

TANGKAP layar perbualan Che Ta bersama Aaisyah.

Menurut Che Ta yang berkongsi tangkap layar perbualan tersebut dalam Instagram Story, situasi itu disifatkan sebagai kebimbangan seorang anak terhadap seorang ibunya.

“Kerisauan seorang anak. Sudah besar Aaisyah.

“Pandai dah risau tentang ibu dia,” kongsinya.

Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan terbabit dilaporkan diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017 dan dilaporkan dia pernah melunaskan pinjaman hutang sebanyak RM50,000.

Malah, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu turut dikatakan sudah melunaskan bayaran baru-baru ini di pejabat Mara, namun tidak dapat dipastikan amaun yang dibayar. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI