fbpx

Tujuh laporan polis diterima terhadap Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima tujuh laporan polis berkaitan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan-laporan tersebut beberapa hari yang lalu.

“Saya mengesahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menerima laporan berhubung kes Yang Berhormat Hannah Yeoh.

“Sebanyak tujuh laporan polis telah diterima setakat ini,” katanya ringkas hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Gerakan Pembela Ummah Malaysia (Ummah) mendesak agar Hannah meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet Malaysia susulan tuduhan terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pengerusi Ummah, Mohd. Zai Mustafa berpendapat sebagai seorang pemimpin Hannah wajar mengundurkan diri demi menjaga kredibiliti dan integriti kerajaan.

Isnin lalu, mahkamah memutuskan menolak saman fitnah yang difailkan oleh Hannah yang menurutnya menunjukkan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas dan tidak didasari dengan fakta yang kukuh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI