fbpx

Polis Thai berkas penjual ‘magic mushroom’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan empat suspek termasuk pemilik kedai berhampiran Tha Pae Road, daerah Muan pada 23 Disember lalu. - Khaosod

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang  penjual ‘magic mushroom’ atau cendawan ajaib yang menyebabkan kematian seorang pelancong United Kingdom berusia 25 tahun di wilayah Chiang Mai pada minggu lalu, lapor portal berita Khaosod. 

Mejar Jeneral (Polis) Worapong Khamlue berkata, operasi penyamaran dijalankan pada 23 Disember lalu. 

“Kami mengerahkan ejen asing untuk menyamar sebagai pelanggan dan membeli ‘magic mushroom’ dari sebuah kedai berhampiran Tha Pae Road, daerah Muan. 

“Sebungkus cendawan itu dijual pada harga 500 baht (RM66) sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai penjualan dadah secara berleluasa di kawasan pelancongan,” kata Khamlue. 

Siasatan mendapati mangsa yang dikenali sebagai V, membeli bahan terlarang itu selepas merakam gambar bersama teman wanitanya di mercu tanda popular berhampiran kedai itu pada 20 Disember lalu. 

“Pelancong terbabit meninggal dunia di sebuah resort mewah di daerah Mae Rim, kira-kira 40 minit selepas mengambil tumbuhan itu,” tambahnya. 

Pentadbiran Makanan dan Ubat Thailand mengklasifikasikan cendawan ajaib  sebagai narkotik Kategori 5. 

Cendawan itu mengandungi bahan aktif psilocybin. Ia menyebabkan kesan neurologi yang teruk termasuk halusinasi, kekeliruan, paranoid dan boleh membawa maut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI