fbpx

Operasi rel, bas Rapid KL dilanjutkan sehingga 3 pagi Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Operasi perkhidmatan rel Rapid KL dilanjutkan sehingga pukul 3 pagi pada Rabu ini sempena sambutan ambang tahun baharu.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata, lanjutan operasi terbabit melibatkan 18 stesen rel utama termasuk KLCC, Masjid Jamek, Bukit Bintang, dan Tun Razak Exchange dan empat stesen Bus Rapid Transit (BRT).

Menurutnya, langkah itu bertujuan memenuhi keperluan warga kota yang ingin menghadiri sambutan ambang tahun baharu di sekitar pusat bandar.

“Stesen-stesen terlibat adalah laluan Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling dan laluan monorel Kuala Lumpur.

“Turut terlibat adalah laluan Kajang, Putrajaya dan BRT Sunway. Stesen-stesen selain di atas akan menamatkan operasi seperti biasa, walaubagaimanapun pengguna masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Prasarana berkata, jadual kekerapan tren juga turut dipertingkatkan di semua laluan rel bermula pukul 7.30 malam pada 31 Disember sehingga 3 pagi pada 1 Januari 2025.

“Pengguna yang ingin menggunakan Bas Transit Responsif (DRT) pula disarankan membuat tempahan awal melalui aplikasi seperti Kummute, Mobi, atau Trek Rides​.

“Bagi memastikan kelancaran perjalanan, seramai 2,731 petugas barisan hadapan, termasuk kakitangan operasi dan polis bantuan, akan bertugas sepanjang malam sambutan tersebut,”katanya.

Pada masa sama, Rapid KL juga menggalakkan pengguna untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi mempercepatkan urusan pembayaran tambang dan mengelakkan gangguan perjalanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI