fbpx

Mahu elak cukai pelaburan, warga emas rugi RM117,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM117,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 8 November lalu selepas lelaki berusia 67 tahun itu me­nyertai satu skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan melalui aplikasi WhatsApp.

“Suspek mengaku sebagai pemegang jawatan tinggi dalam Bursa Malaysia dan menyatakan tiada cukai pelaburan dikenakan sekira­nya mangsa menyertai pelaburan pada hari tersebut.

“Mangsa melakukan sembilan transaksi ke dalam lapan akaun bank berjumlah RM117,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa mula menyedari ditipu apabila gagal berhubung dengan suspek dan tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan.

Siasatan awal mendapati sumber kewangan mangsa daripada wang simpanannya.

“Polis Kontinjen Pahang ingin menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak menjadi mang­sa penipuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI