fbpx

Lesen tidak akan diperbaharui jika gagal beri resit belian sawit – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-26 Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) di Tamu Hotel, Kampung Baru Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bermula Januari ini ke atas pembeli atau orang tengah yang gagal mematuhi prosedur dalam urusan pembelian kelapa sawit daripada pekebun kecil.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tindakan itu diambil ekoran terdapat segelintir pihak cuba memanipulasi pekebun kecil termasuk melakukan penipuan dalam timbangan.

Kata beliau, bagi mengatasi perkara itu juga, pihaknya menetapkan syarat supaya semua pembeli kelapa sawit mengeluarkan resit kepada pekebun kecil setiap kali urusan jual beli komoditi itu.

“Saya nak beritahu ‘dealer’ atau orang tengah dalam pembelian sawit daripada pekebun kecil ini bahawa pada tahun 2025 ini supaya betulkan proses timbangan kelapa sawit.

“Jangan ada aduan daripada pekebun kecil mengatakan timbangan mereka tidak betul. Kedua, setiap kali mereka (orang tengah) membeli kelapa sawit daripada pekebun kecil, mereka mesti mengeluarkan resit.

“Mereka (pembeli) perlu tunjuk berapa tan, berapa berat dan berapa kadar perahan minyak (OER). Resit ini perlu beri kepada pekebun kecil untuk disimpan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-26, Persatuan Pedangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama).

Mengulas lanjut, Johari berkata, sekiranya pembeli gagal mematuhi prosedur berkenaan, lesen pembelian sawit tidak akan diperbaharui bermula tahun hadapan.

Selain itu katanya, penguat kuasa daripada MPOB juga akan turun padang memantau perkara itu.

“Penguat kuasa ini akan turun ke semua negeri dan melakukan pemeriksaan ke atas semua dealer (pembeli kelapa sawit) ini secara mengejut.

“Kita akan tengok nanti macam mana. Setakat ini kes ini (penipuan) tidak banyak, tetapi ada dua atau tiga aduan apabila kita turun negeri-negeri tertentu ada yang datang mengadu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI