fbpx

Kemalangan bas Norway: Empat rakyat Malaysia cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas yang rosak dalam kejadian insiden yang berlaku berdekatan Tasik Pasresvatnet, Norway Khamis lalu.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar hari ini mengesahkan empat rakyat Malaysia cedera dalam insiden kemalangan bas berhampiran Tasik Pasresvatnet, Norway kelmarin.

Wisma Putra berkata, keempat-empat mangsa itu hanya mengalami kecederaan ringan dan kini berada di Hotel Thon di Lofoten.

“Empat warga Malaysia kini ditempatkan di Thon Hotel dan disediakan penginapan.

“Bagaimanapun, susulan siasatan yang sedang dijalankan, mereka tidak dibenarkan menggunakan telefon atau membuat komunikasi langsung dengan dunia luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra berkata, kakitangan hotel juga dilarang untuk berkomunikasi dengan penumpang terjejas sepanjang siasatan dijalankan.

“Pasukan konsular kedutaan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Norway untuk menentukan jumlah sebenar rakyat Malaysia terlibat dan bantuan yang diperlukan.

“Keadaan salji lebat, angin kencang dan jarak kira-kira 1,500 kilometer (KM) dari Oslo memberikan cabaran dalam aspek logistik,” katanya.

Katanya, Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia tetap teguh dengan komitmen untuk membantu warga Malaysia yang terlibat selain memantau keadaan dan memberikan maklumat terkini.

Media melaporkan sebuah bas membawa 58 penumpang hilang kawalan sebelum terbabas dalam keadaan cuaca buruk termasuk salji tebal dan angin kencang di Norway.

Tiga kematian dilaporkan, manakala empat lagi cedera parah dan mereka menerima rawatan di Hospital Stokmarknes.

Pihak berkuasa Norway berjaya memindahkan semua penumpang yang terselamat, meskipun usaha menyelamat pada peringkat awal berdepan cabaran cuaca buruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI