fbpx

Kapal angkasa NASA tidak terbakar dekat Matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILUSTRASI artis kapal angkasa NASA berada dekat dengan matahari. - Foto AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) secara rasmi mencipta sejarah apabila sebuah kapal angkasa miliknya berada paling hampir dengan Matahari, lapor portal berita MailOnline semalam.

Agensi angkasa lepas milik Amerika Syarikat (AS) itu mengesahkan bahawa kapal angkasa dikenali sebagai Parker Solar Probe terselamat ketika menghampiri Matahari dan kini beroperasi seperti biasa. 

Kapal angkasa itu dilancarkan dari Cape Canaveral, negeri Florida pada Ogos 2018 sebelum memulakan perjalanan sejauh 149,668,992 kilometer menuju ke orbit Matahari.

“Parker Solar Probe telah ‘menelefon’ (menghubungi) ke rumah (pangkalan NASA di Florida) !

“Selepas berada  hanya 6.1 juta kilometer dari permukaan Matahari pada 24 Disember lalu yang merupakan penerbangan terdekat dalam sejarah, kami telah menerima isyarat daripada Parker Solar Probe mengesahkan kapal angkasa itu selamat,” kata  NASA di platform X.

Semasa penerbangan, Parker Solar Probe menempuh  suhu sehingga 982 darjah Celsius sambil bergerak pada kelajuan 692,017 kilometer sejam tetapi perisai haba melindungi kapal angkasa itu dengan berkesan.

Selain memecahkan rekod, saintis-saintis  berharap misi itu akan membolehkan mereka mengukur cara material dipanaskan hingga berjuta-juta darjah Celsius, mengesan asal usul angin Matahari dan mempelajari cara zarah bertenaga mencapai hampir kelajuan cahaya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI