PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan dalam kenyataan hari ini, negeri yang diramal terjejas adalah Perak, Selangor dan Sarawak.
“Di Perak cuaca buruk melibatkan kawasan di Batang Padang dan Muallim manakala di Selangor pula di seluruh Hulu Selangor.
“Turut terjejas, beberapa kawasan di Sarawak seperti Betong, Sarikei, Sibu dan Bintulu (Tatau),” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE