PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporan cuacanya pagi ini menyatakan hujan lebat kini melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, dengan dijangka berlanjutan sehingga ke lewat pagi.
Menurut MetMalaysia, kawasan pesisir pantai di Kelantan dan Terengganu merupakan lokasi yang terjejas teruk dengan hujan lebat pada waktu pagi ini.
Keadaan hujan ini dijangka akan bergerak masuk ke kawasan daratan dan berlarutan sehingga waktu tengah hari.
“Bagi kawasan lain di Semenanjung Malaysia, cuaca adalah cerah dan baik pada pagi ini. Tiada hujan yang dilaporkan setakat ini,” jelasnya dalam laporan yang disiarkan di saluran YouTube mereka.
Sementara itu, di Sabah dan Sarawak, keadaan cuaca juga menunjukkan hujan lebat di beberapa kawasan.
Hujan lebat juga dijangka berlarutan di Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa bahagian pedalaman Sabah seperti sekitar pesisir pantai Bintulu, Mukah dan Betong serta berlanjutan sehingga ke lewat pagi.
Orang ramai diminta untuk berhati-hati dengan perubahan cuaca yang boleh berlaku secara tiba-tiba. – KOSMO! ONLINE