fbpx

Hujan berterusan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang hingga 31 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga 31 Disember ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, hujan berterusan di Sabah dijangka melibatkan kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), serta Kudat sehingga 30 Disember.

Sementara itu, hujan berterusan turut dijangka melanda Kelantan, Terengganu, dan Pahang bermula esok hingga 31 Disember ini.

Kawasan yang terlibat di Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Di Pahang pula, hujan dijangka di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan angin kencang yang boleh menjejaskan keselamatan serta harta benda.

MetMalaysia menyeru masyarakat untuk sentiasa peka dengan maklumat cuaca terkini yang boleh diperoleh melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi myCuaca, dan laman media sosial rasmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI