fbpx

Dicurangi jantan tak guna, giliran Mira Filzah berendam air mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA FILZAH menjadi isteri bernasib walang dalam Curang Tanpa Niat.

BARU memulakan tayangan pada 23 Disember lalu, Curang Tanpa Niat arahan Eyra Rahman sudah meledak dalam media sosial.

Dibarisi Mira Filzah sebagai Elina, Shukri Yahaya (Eshaal) dan Astrid (Sharifah Sakinah), naskhah ini berjaya meluap-luapkan api kemarahan penonton terhadap suami yang curang.

Bukan itu sahaja, babak air mata lakonan Mira juga turut dipuji selain membuatkan penonton simpati dan sebak.

“Mulanya tak mahu tonton sebab takut sakit hati tapi terjebak juga akhirnya. Benci betul dengan Eshaal.

“Hebat lakonan Mira. Macam itu sahaja dia boleh lakonkan adegan menangis. Dengan aku sekali rasa sebak,” komen netizen.
Curang Tanpa Niat boleh ditonton menerusi siaran Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI