fbpx

Bekas CEO Suzuki meninggal dunia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Osamu Suzuki. - Bloomberg

TOKYO – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat Suzuki Motor Corporation, Osamu Suzuki, meninggal dunia pada usia 94 tahun, lapor akhbar The Independent UK semalam. 

“Osamu Suzuki menghembuskan nafas terakhirnya pada perayaan Krismas akibat penyakit limfoma,” kata syarikat itu. 

Dilahirkan sebagai Osamu Matsuda, beliau mengambil nama keluarga isterinya selepas berkahwin, amalan biasa di Jepun apabila tiada waris lelaki. 

Suzuki menyertai syarikat itu pada 1958 dan dinaikkan pangkat sebagai presiden selepas dua dekad. 

Beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada anaknya, Toshihiro Suzuki pada 2016 tetapi kekal sebagai pengerusi sehingga 2021. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI