fbpx

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan di Alor Setar Selatan ke Gurun disebabkan kemalangan di Kilometer 77.5, malam ini. - Foto LLM

KUALA LUMPUR – Beberapa lokasi di lebuh raya seluruh negara mencatatkan aliran trafik perlahan akibat kemalangan, malam ini.

Ia susulan peningkatan jumlah kenderaan susulan penghujung cuti umum dan musim perayaan.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, kesesakan berlaku di Alor Setar Selatan ke Gurun disebabkan kemalangan di Kilometer 77.5.

“Trafik turut perlahan dari Bukit Gantang ke Bukit Berapit dan Sungkai ke Slim River. Bagi arah utara, kelewatan dilaporkan dari Bandar Baharu ke Jawi berikutan kemalangan di Kilometer 174.

“Di Lebuh Raya Utara – Selatan Plus (E2), trafik perlahan di arah selatan dari Simpang Renggam ke Kulai akibat kemalangan di Kilometer 25.5, manakala di arah utara kesesakan berlaku dari Simpang Renggam ke Hentian Sebelah Pedas Linggi serta Hentian Sebelah Senawang ke Port Dickson,” katanya.

Mengulas lanjut, LLM memaklumkan secara keseluruhan aliran trafik di lebuh raya seluruh negara dilaporkan semakin lancar dan terkawal malam ini.

Jelasnya, situasi di Lebuh Raya Utara-Selatan E1 dan E2 di bahagian utara, tengah, dan selatan kini bergerak lancar termasuk lebuh raya bertol sekitar Lembah Klang.

“Trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) serta Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 (E8) turut berada dalam keadaan baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI