fbpx

[VIDEO] ‘Tak tahu pun beg itu untuk Perdana Menteri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kai Hung pertama kali menceritakan beg songket rekaannya untuk Perdana Menteri sempena pembentangan Belanjawan 2025 lalu.

PETALING JAYA – Seorang pereka yang mendapat tempahan bagi menyiapkan beg kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Belanjawan 2025 lalu menceritakan, dia tidak mengetahui rekaannya itu sebenarnya untuk Perdana Menteri.

Pereka tersebut dikenali sebagai Kai Hung buat pertama kali berkongsi kisah tersebut pada video dimuat naik di TikTok malam tadi, berhubung tempahan beg songket yang diterimanya sebelum ini.

“Teka beg ini untuk siapa. Saya simpan rahsia sekian lama, tapi saya akhirnya boleh dedahkan. Tak pernah saya gambarkan sesuatu seperti ini akan berlaku.

“Ia adalah momen paling tidak dilupakan sepanjang karier sebagai pereka beg,” katanya pada hantaran tersebut.

Menceritakan perjalanan rekaan beg untuk Belanjawan 2025, Kai Hung berkata, kebiasaannya dia tidak mengambil tempahan khas yang perlu dibuat sepenuhnya, namun atas permintaan seseorang, dia menerimanya.

“Mulanya saya ingatkan beg itu untuk dia (wanita), tapi dia beritahu ia untuk orang lain. Identitinya dirahsiakan daripada saya dan dia sebagai orang tengah.

“Sejujurnya saya tak fikir siapa individu itu. Rekaan beg pula mesti mewakili kepelbagaian budaya Malaysia,” katanya.

Kai Hung berkata, justeru dia menggunakan fabrik songket dengan terdapat sari sebagai pelapik serta tambahan sentuhannya sebagai seorang pereka berbangsa Cina dan kemudian ditambah logo di bahagian dalam beg.

“Siap sahaja beg, saya hantarkan kepadanya. Beberapa hari selepas itu, saya dapat mesej berserta video ucapan tahniah. Beg ini adalah untuk Perdana Menteri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@kaihungofficial Guess who this bag is for! I’ve been keeping this secret for a while now, but I can finally reveal it! I never imagined something like this would happen, and this is truly the most unforgettable moment of my career as a bag designer! #handmadebag #bag #bagdesigner #designerbag ♬ original sound – Kai Hung

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI