fbpx

[VIDEO] ‘Hebatnya kesetiaan seorang isteri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut.

PETALING JAYA – Kesetiaan seorang isteri yang sanggup hidup susah dan senang bersama suaminya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) meruntun hati netizen.

Menerusi perkongsian video berdurasi 34 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang isteri mengangkat suaminya yang lumpuh dan menggunakan kerusi roda untuk menaiki motosikal.

“Hebatnya isteri. Ingat kita saja yang susah, ada lagi orang lebih susah pada kita,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Rata-rata orang ramai memuji ketulusan hati Wanita itu yang setia bersama suami tercinta dan mendoakan pasangan tersebut.

“Isteri yang sanggup senang sama-sama, susah sama-sama. Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini,” tulis Faizul say.

“Syurga buatmu kak. Doakan dia bang, bidadari syurgamu itu. Moga sabar dan dipermudahkan segala urusan hari mendatang mereka sekeluarga,” kata Blade.

“Moga Allah memberkahi sentiasa hidup kalian sekeluarga,” komen [email protected] KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI