fbpx

Suami isteri, remaja 14 tahun maut kemalangan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kejadian yang mengakibatkan tiga maut akibat kemalangan tiga kenderaan di Jalan Alor Pudak, Pendang malam tadi.

PENDANG – Tiga termasuk seorang pelajar sekolah maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Deris di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian pada pukul 11.30 malam itu mengorbankan pasangan suami isteri berusia 52 dan 34 tahun dan remaja berusia 14 tahun.

“Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila remaja tersebut yang menunggang motosikal memotong sebelum bertembung dengan kenderaan jenis sama yang dinaiki pasangan suami isteri dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu, pasangan tersebut tercampak ke lorong kanan sebelum dilanggar sebuah kereta,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut beliau, penunggang dan pembonceng motosikal disahkan maut di lokasi, manakala pemandu kereta tidak cedera.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat. Mangsa mengalami kecederaan parah di muka, kepala dan kaki,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI