PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa rantainya diragut sewaktu menunggang motosikal, namun terkilan apabila dikatakan tiada sesiapa membantunya biarpun kejadian itu didakwa dilihat orang awam.
Mangsa memuat naik video pada TikTok thedaynalasi memaklumkan kejadian berlaku di Jalan Genting Klang pukul 9.30 pagi tadi.
“Saya nak pergi kerja lalu sini. Saya tak kisah dia ragut, dia tarik saya nak jatuh. Kalau saya kemalangan semua macam mana.
“Sekarang saya panik, saya tak tahu nak buat apa. Orang nampak kena ragut, tapi tak tolong saya,” dakwanya pada video tersebut.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mendakwa lokasi tersebut sering berlaku kejadian ragut.
“Jalan Genting Klang memang kawasan ragut weh,” dakwa seorang wanita.
“Saya lalu tadi dan nampak awak terduduk cakap telefon. Aduhai kasihan awak dik, cuma saya tak nampak dan tak tahu awak kena ragut. Ingatkan motosikal rosak. Sorry dik,” komen seorang pengguna TikTok.
“Sama lah masa saya kena ragut pun tak ada orang tolong saya, hanya menonton saja,” ujar individu lain. – KOSMO! ONLINE
@thedynalasiAku kena ragut di jalan genting klang pukul 9.30 pagi 😭 aku baru perasan 125zr follow rapat dkt aku 😭 orang ramai nampak sorang tak tolong aku 😭 aku panic gila sekarang Ya Allah pertama kali jadi dalam hidup 😭