fbpx

‘Nikmati umur sebelum dikuburkan’ status terakhir Aidil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Adam menunjukkan status terakhir Allahyarham Muhammad Aidil ketika ditemui di pekarangan HSB di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – ‘Nikmati umur sebelum dikuburkan. Masa muda hanya sekali, tua pun belum tentu jadi.’

Demikian status terakhir yang dimuat naik seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Alor Pudak di sini pada pukul 11.20 malam tadi.

Menurut Muhammad Adam Awang Saidin, 14, kembarnya, arwah Muhammad Aidil memuat naik status tersebut di media sosialnya beberapa jam sebelum kemalangan tersebut.

Nahas turut mengorbankan pasangan suami isteri iaitu Mazlan Abu Hassan, 52, dan Noriza Saad, 34.

“Arwah tidak pernah tulis kata-kata seperti itu sebelum ini, tetapi kami sekeluarga sangka ia perkara biasa. Bila sudah jadi macam ini (kematian) baru tahu.

“Ketika kejadian, saya dan arwah keluar untuk mencuci baju di kedai dobi berdekatan lokasi nahas.

“Ketika kejadian arwah menunggang motosikal di hadapan jauh meninggalkan saya jadi saya tidak nampak bagaimana kejadian (kemalangan) itu berlaku,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.

Sementara itu, suasana di Jabatan Forensik HSB suram apabila keluarga ketiga-tiga mangsa berkumpul untuk menuntut jenazah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI