fbpx

Netizen marah pengemis dapat RM33 dalam 5 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengemis meminta wang daripada orang ramai. - Foto Facebook

SINGAPURA  – Seorang netizen baru-baru ini menyaksikan seorang pengemis di Waterloo Street, Singapura memperoleh SGD$10 (RM33) dalam masa cuma lima minit selepas meminta wang tunai daripada orang ramai. lapor portal berita MSNews.

Netizen itu kecewa dan marah kerana pengemis memperoleh wang dengan begitu mudah. Dia berkongsi kejadian itu di laman Facebook Complaint Singapore pada Rabu lalu.

“Dalam masa  5 minit boleh dapat SGD$10. Cuba teka berapa banyak yang dia dapat dalam sehari. Pendapatan pengemis lebih tinggi baik daripada doktor, akauntan atau peguam,” katanya.

Walaupun sebilangan netizen bersetuju dengan rungutan itu, ramai juga menyelarnya kerana kurang bersimpati dengan pengemis.

“Tidak salah, jangan berikan wang jika anda tidak mahu(bukan paksaan),” kata seorang pengguna Facebook.

Menurut akhbar Shin Min Daily News, lelaki itu mengemis di Choh Dee Food Place, Kompleks Fu Lu Shou sejak lebih setahun lalu.

Dia meminta wang daripada pengunjung kedai makan dan pemilik gerai.

Beberapa pemilik gerai menawarkan untuk membelikannya makanan dan bukan memberi wang tetapi pengemis itu menolak tawaran mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI