fbpx

Lubang gergasi menanti mangsa di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lubang benam terbentuk di lebuh raya New Jersey. - Foto NBC

WASHINGTON  – Sebuah lubang benam gergasi  terbentuk di lebuh raya rentas negeri di New Jersey sehingga menutupi beberapa lorong dan mendorong pengguna mencari jalan alternatif,  lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut portal berita NJ.com, lubang benam yang kelihatan cukup besar dan boleh ‘menelan’ beberapa buah kereta itu terbentuk di bahu Lebuh Raya Rentas Negeri 80, Wharton sekitar pukul 7.45 pagi (waktu tempatan).

Setakat ini, punca lubang itu terbentuk dan bagaimana ia menjadi begitu besar tidak diketahui.

Susulan kejadian itu, Jabatan Pengangkutan negeri (DOT) terpaksa menutup lorong ke arah timur buat sementara waktu sehingga kerja pembaikan selesai dilakukan.

“Pemandu kenderaan sepatutnya menjangkakan kelewatan atau merancang laluan alternatif,” demikian menurut  DOT.

Namun, pihak berkuasa tidak melaporkan sebarang kecederaan, kata kenyataan media itu.

Pemandu-pemandu yang menghala ke Wharton untuk  ke Pennsylvania dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dinasihatkan  keluar dari lebuh raya tersebut dan menggunakan  Laluan 15 yang terletak berdekatan, kata saluran berita NBC New York. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI