LUNDU – Lelaki warga emas yang jatuh di sungai Kampung Kelaoh, di sini pada Rabu lalu dijumpai terapung, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa berusia 60 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 8.27 pagi.
“Pasukan penyelamat terdiri daripada orang kampung memaklumkan mangsa telah dijumpai jarak pada jarak 300 meter ke hilir sungai dari Pusat Kawalan Bomba (PKB),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lundu untuk bedah siasat.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang pada pukul 8.20 pagi Rabu lalu selepas dikatakan terjatuh dari bot yang dinaikinya.
Mangsa juga sempat meminta bantuan dan berusaha untuk berenang ke tebing sungai. – KOSMO! ONLINE