fbpx

Ikrar alat tulis, tapi isi syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela menunjukkan barangan rampasan selepas sidang akhbar atas kejayaan menumpaskan kes penyeludupan dadah jenis syabu seberat 81 kilogram di Kompleks Kastam Kargo di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki menyeludup dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 81 kilogram (kg) bernilai RM2.6 juta ke Sabah.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, pihaknya mengenal pasti seorang lelaki dipercayai warga tempatan menghantar empat bungkusan menggunakan sebuah agensi kurier di Shah Alam pada 13 Disember lalu.

“Dadah itu berjaya dikesan ketika melalui mesin pengimbas di terminal kargo Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 17 Disember lalu,” katanya pada sidang akhbar di KLIA di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan operasi mengesan objek mencurigakan dan selepas diperiksa pihaknya menjumpai 40 bungkusan plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal iaitu dadah.

“Siasatan awal mendapati destinasi terakhir kesemua kotak tersebut adalah di Kota Kinabalu, namun barangan itu diikrar sebagai alat tulis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI