fbpx

Kebajikan ‘Hero Tak Didendang’ jadi keutamaan KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melaksanakan pelbagai inisiatif sepanjang tahun 2024 bagi menambah baik kebajikan anggota pasukan beruniform.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebajikan anggota pasukan beruniform yang beliau gambarkan sebagai ‘Hero Tak Didendang’ akan terus menjadi komitmen kerajaan.

“Pastikan kebajikan anggota uniform sentiasa dijaga dan terbela. Ini antara pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa saya menerima lantikan sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Alhamdulillah, saya telah usahakan beberapa inisiatif buat anggota beruniform di bawah KDN semenjak dua tahun saya memegang tangggungjawab ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Saifuddin Nasution berkata, antara inisiatif itu untuk intensif untuk anggota teknikal, intensif untuk pengendali anjing serta insentif detektif dan penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM)

Menurut beliau, sebanyak 26 projek penambahbaikan pejabat dan kuarters turut dilaksanakan antaranya melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Tambah beliau, turut terlibat Jabatan Pendaftaran Negara, Kawasan Keselamatan Khas Malaysia Pantai Timur Sabah/ESSCOM, Jabatan Imigresen Malaysia dan APMM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI