fbpx

‘Isteri yang bersalin, orang kampung yang bahagia’  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan penduduk tempatan yang berkumpul di hadapan rumah untuk meraikan kelahiran seorang bayi. - Tikok

JAKARTA – Sekumpulan penduduk kampung mengundang perhatian orang ramai apabila mereka sanggup berkumpul untuk meraikan kelahiran seorang bayi, lapor portal berita Suara.com semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @duniapunyacerita_ menunjukkan penduduk tempatan terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa berkumpul di hadapan sebuah rumah. 

Selain menantikan kepulangan pasangan suami isteri tersebut, mereka juga tidak sabar melihat bayi yang baru dilahirkan. 

Difahamkan, pasangan itu mendapat anak selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.5 juta tontonan bersama 104,200 tanda suka.

“Hidup sederhana tetapi memiliki jiran seperti ini sangat membahagiakan!” komen seorang netizen. 

“Wanita itu yang bersalin, tapi orang ‘kampung’ yang bahagia! Alhamdulillah!,” komen netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI