fbpx

Hujan lebat, angin kencang landa tiga negeri tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam kenyataan hari ini, negeri-negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.

“Di Pulau Pinang, cuaca buruk ini diramalkan menjejaskan kawasan di Barat Daya dan Timur Laut. Manakala di Sarawak, ia berlaku di Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri,” katanya.

Keadaan yang sama turut meliputi Sabah di sekitar Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Walaubagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan di sekitar Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan Labuan tengah hari ini.

Orang ramai yang berada di kawasan terjejas dinasihati untuk berwaspada dengan banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI