BANGKOK – Penduduk sebuah kampung di wilayah Chantaburi, Thailand dibelenggu ketakutan selepas sebuah rumah di kampung berkenaan dimusnahkan oleh kawanan gajah liar, lapor portal berita Must Share News semalam.
Kejadian berlaku dua hari selepas seekor anak gajah ditembak mati dengan senjata api.
Pihak berkuasa berkata, sebuah rumah penduduk kampung musnah, dengan serpihan kayu bertaburan di atas tanah.
“Kami menemui kesan tapak kaki beberapa ekor gajah. Gajah-gajah ini merobohkan rumah mangsa dengan gadingnya.
“Kami juga telah melakukan bedah siasat ke atas anak gajah yang ditembak dekat ladang getah di Wat Pa Khai Phai pada Selasa lalu.
“Kami akan menggunakan maklumat forensik berhubung peluru yang digunakan untuk mengenal pasti dan menangkap pelakunya,” kata seorang jurucakap polis. – AGENSI