fbpx

F1: Bottas kembali ke pangkuan Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOTTAS dipilih sebagai pelumba simpanan buat Mercedes selepas gagal mendapatkan tempat sebagai pelumba utama musim depan. - AFP

BRACKLEY – Sebaik sahaja tidak mendapat tempat dalam mana-mana pasukan menjelang saingan Formula Satu (F1) musim depan, Valtteri Bottas mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Mercedes sebagai pemandu simpanan.

Bottas diberikan tempat untuk mengisi posisi tersebut selepas pemandu uji sebelum ini, Mick Schumacher meninggalkan pasukan Silver Arrows itu selepas kempen 2024 melabuhkan tirainya awal bulan ini.

Pelumba Finland itu mengakui gembira untuk pulang ke pangkuan Mercedes selain sedia untuk mencurahkan segala pengalaman yang ada bagi membantu dua pelumba utama, George Russell dan Kimi Antonelli.

“Akhirnya saya gembira untuk menjawab soalan mengenai masa depan selepas ditanya berulang kali sebelum ini. Dapat kembali semula ke ‘rumah’ bersama Mercedes sebagai pelumba ketiga adalah sesuatu yang saya hargai.

“Saya berterima kasih kepada Toto (Wolff) dan semua orang di Brackley kerana menerima kepulangan saya. Walaupun berdepan banyak cabaran sebelum ini, saya yakin masih boleh memberikan sumbangan,” katanya.

Sementara itu, Wolff pula mengharapkan pengalaman luas selain kepakaran dimiliki Bottas dalam F1 mampu menjadi nilai tambah buat pasukan itu untuk kembali mencabar kejuaraan dunia musim depan.

“Selamat pulang Valtteri. Dia merupakan pelumba yang memainkan peranan cukup penting ketika membantu kami memenangi kejuaraan dunia sebanyak lima kali, jadi saya percaya dia mampu untuk terus memberikan sumbangan,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI