fbpx

Cuaca buruk badai beberapa negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa negeri sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, negeri-negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pahang, Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Kubang Pasu dan Padang Terap. Manakala di Pahang, cuaca buruk melibatkan daerah Rompin,” katanya.

Di Sarawak pula, ribut petir dijangka melanda kawasan Miri dan Limbang. Sementara di Sabah, ia melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, dan Nabawan), Pantai Barat (Papar), serta Tawau dan Sandakan.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.

Orang ramai turut disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI