fbpx

Bas bawa pelancong Malaysia terbabas ke dalam tasik Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bas membawa pelancong Malaysia terbalik di Hadsel. - Foto ScandinaviaWind/X

OSLO –  Tiga penumpang terbunuh dan empat lagi parah selepas sebuah bas yang turut membawa pelancong Malaysia terbabas dari lebuh raya sebelum terjunam ke dalam tasik di Hadsel, utara Norway semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Bas membawa lebih 50 penumpang itu dalam perjalanan dari Narvik ke Solvaer apabila terbalik di Hadsel, dekat Raftsundet, di Kepulauan Lofoten yang menjadi  destinasi pelancongan popular di utara Norway. 

Anggota-anggota pasukan kecemasan menghadapi keadaan yang mencabar di lokasi kejadian termasuk cuaca buruk menghalang operasi menyelamat.

“Sebahagian badan bas itu tenggelam di dalam air. Tiga kematian disahkan dan empat mangsa cedera parah. Anggota-anggota perkhidmatan kecemasan telah memindahkan semua mangsa lain,” kata ketua polis tempatan, Bent Are Eilertsen

Mangsa-mangsa yang parah telah dihantar ke hospital manakala yang lain dibawa ke pusat perlindungan berdekatan termasuk di sebuah sekolah.

Pihak berkuasa mengesahkan penumpang di dalam bas berasal dari lapan negara berbeza iaitu Norway, India, China, Singapura, Malaysia, Belanda, Perancis dan Sudan Selatan.

Polis tempatan berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari (waktu tempatan) selepas bas itu merempuh penghadang jalan sebelum berakhir di dalam Tasik Åsvatnet

Kedutaan China di Norway mengesahkan bahawa kira-kira 20 pelancong China berada di dalam bas itu dengan lima penumpang cedera ringan. 

Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store mengucapkan takziah susulan kematian tersebut. 

Siasatan terhadap kemalangan itu sedang dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI