fbpx

Bapa hidap kanser, anak pula tiada saluran kencing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimi (kanan) dan anaknya, Mohd. Hafiz memerlukan bantuan orang ramai untuk merawat penyakit yang mereka alami ketika ini.

TEMERLOH – Dua beranak dari Kampung Bolok Hilir di sini terpaksa melalui keperitan hidup apabila diuji dengan penyakit kronik sehingga membataskan pergerakan mereka.

Suhaimi Abd Rashid, 65, kini menderita kanser usus tahap tiga, manakala anak lelakinya, Mohd. Hafiz,39, pula tidak mempunyai saluran kencing sejak lahir selain menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Suhaimi berkata, sebelum ini dia mengambil tanggungjawab mencari nafkah dan menguruskan anaknya yang memerlukan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu.

Namun katanya, dengan keadaan dirinya yang menderita kan­ser usus sejak September tahun lalu, dia kini kehilangan punca pendapatan untuk menampung kos rawatan termasuk ubat untuk anaknya.

“Saya terkejut gejala sakit perut dan tidak boleh buang air besar yang dialami selama seminggu rupa-rupanya kanser usus yang sudah ke tahap tiga.

“Doktor pada mulanya mengesyaki saya menghidap apen­dik dan pembedahan segera dilakukan pada September 2023 tetapi pembedahan itu bukan disebabkan apendik.

“Kini, saya perlu menanggung kos rawatan, ubat-ubatan, susu khas, pengangkutan dan sebagainya untuk kami berdua,” katanya baru-baru ini.

Menurutnya, selepas pembedahan pada Mei lalu, dia perlu memakai beg stoma setiap hari dan perlu minum susu khas atas nasihat doktor bagi menjaga kecergasan dan kesihatannya.

Tambahnya, dia juga memerlukan empat kotak besar beg stoma bernilai RM143 sekotak dan empat tin susu khas yang keseluruhan bernilai kira-kira RM4,000 tidak termasuk kos rawatan dan kos berulang alik ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Suhaimi berkata, Mohd. Hafiz yang dilahirkan pada 1985 tanpa saluran kencing disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik pada 2013 dan perlu menjalani rawatan hemodialisis.

Kataya, lebih menyedihkan apabila lengan kanan Mohd. Hafiz yang dijadikan tapak saluran darah telah ‘penuh’ dan tidak boleh digunakan lagi.

“Saya harap ada pihak di luar sana yang sudi membantu kami bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Dalam pada itu, mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Suhaimi di talian 010-9175673 atau menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank 106052148480 (Suhaimi Abd. Rashid).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI