KUALA LUMPUR – As Safa Travel and Tours (As Safa) menyasarkan untuk membawa lebih daripada 1,000 jemaah pada setiap tahun bermula 2025 melalui pelancaran pakej umrah dan badal haji terbaharunya.
Menurut Pengarah Eksekutif As Safa, Md. Roslan Mohammad Jaafar, sehingga kini, agensinya telah membawa lebih daripada 500 jemaah dan mengharapkan pakej terbaharu yang ditawarkan itu dapat menarik lebih ramai masyarakat tempatan untuk menunaikan umrah dan haji.
Katanya, agensi itu bukan hanya sekadar melihat kepada keuntungan syarikat, tetapi turut bermatlamat untuk membawa masyarakat beribadat di Tanah Suci dengan menunaikan umrah dan haji dengan sempurna dan selamat.
“Dalam As Safa, kami menggunakan tagline ‘Pergi Selamat, Pulang Selamat’, yang mana kami memfokuskan kepada keselesaan, keselamatan dan ketenangan rohani jemaah sepanjang perjalanan mereka di sana.
“Kami membawa visi untuk menjadi jenama pilihan utama bagi setiap bakal jemaah di seluruh negara.
“Sekurang-kurangnya, kami mahu membawa satu jemaah bagi setiap isi rumah menunaikan umrah atau haji pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pakej Umrah dan Badal Haji terbaharunya di sini baru-baru ini.
Md. Roslan berkata, pihaknya kini aktif melancarkan kempen penjenamaan syarikat bagi meningkatkan kesedaran tentang keunikan As Safa dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada umum.
“Kami begitu mengutamakan keperluan jemaah dari awal perjalanan mereka sehingga akhirnya tiba di kediaman masing-masing.
As Safa yang komited untuk membayar zakat tahunan kepada pusat Zakat Selangor itu memberitahu, pakej umrah yang ditawarkan kini adalah serendah RM5,990 manakala badal haji ditawarkan dengan harga RM5,500.
Selain itu, beliau menerangkan, As Safa bakal melancarkan lebih banyak pakej dan produk yang menarik di masa akan datang bertujuan untuk memenuhi keperluan pelbagai latar belakang pelanggan. -KOSMO! ONLINE