KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Timor Leste, Dr. José Ramos-Horta.
Beliau menerusi satu rakaman video dimuat naik di media sosial hari ini berkata, pemimpin Timor Leste itu merupakan seorang pejuang yang menegakkan kebebasan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mendoakan keselamatan buat Ramos-Horta dan Timor Leste.
“Kepada rakan saya Presiden José Ramos-Horta Timor Leste, saya mengucapkan selamat hari lahir dan bertepatan dengan sambutan perayaan Krismas dan tahun baharu.
“Anda telah menjadi kawan yang baik, anda telah menjadi pejuang yang tidak kenal lelah,untuk kebebasan dan keadilan, saya doakan anda selamat dan negara Timor Leste selamat,” katanya.
Selain itu, Anwar turut menyatakan harapan beliau supaya hubungan kedua-dua negara dan rakyat terus terjalin. – KOSMO! ONLINE