PETALING JAYA – Kawasan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi sesak dengan kehadiran ribuan pengunjung tempatan dan luar negara susulan cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas.
Menerusi video yang tular di TikTok, memparkan orang ramai berjalan dan membanjiri sekitar laluan Bukit Bintang termasuk berhampiran hiasan Krismas, namun keadaan masih terkawal.
Di ruangan komen mendapati, ada daripada mereka yang berkunjung ke Bukit Bintang malam tadi dan memaklumkan suasana di sana begitu sesak.
“Kami salah seorang yang ada di situ malam tadi. Penuh ‘gila’, tapi kami dekat Starhill saja,” komen Melvi_H.
“Dalam ramai-ramai tu, saya salah seorang. Meriah betul,” kata mynarasaidin.
“Saya salah satunya dalam ‘crowd’ tu. Ramai orang tempatan juga orang luar. Saya dalam pukul 8 malam dekat sana, ramai lah juga tapi sesak dia masih terkawal. Tak ada sesak sampai tak boleh gerak langsung,” ujar aedlylen.
Malah ada juga yang membandingkan kawasan tersebut dengan bandar besar di luar negara yang turut sesak dengan kehadiran orang ramai termasuk pelancong ketika hari minggu.
“Bukit Bintang memang luar negara dah. Kalau nak jalan-jalan luar negara, boleh datang sini serasa di tempat orang,” kata KorisTH. – KOSMO! ONLINE
@cherrykualalumpur #kl #malaysia #malaysiatiktok #tiktokrewards #kualalumpur #kualalumpurmalaysia #klmakan #klmakansedap #klbest #kltiktok #tiktokkl #tiktokmalaysia #klcc #klcc_malaysia #malaysian #tiktokmalaysia🇲🇾 #klfoodie #klfoodies #klfoodiemy #klmakanplace #klmakanan ♬ Kesanakesini – Fatil Kento