PETALING JAYA – Satu perlawanan bola sepak kecoh selepas seorang pemain didakwa bertindak menumbuk pasukan lawannya, dikatakan gara-gara gagal merebut bola daripada pemain tersebut.
Video kejadian itu tular di media sosial melibatkan dua kelab bola sepak, Budiman FC dan Amna FC pada aksi separuh akhir Arena Champion League berlangsung di Arena Mutiara Dato Onn, Johor.
Menerusi video tersebut kelihatan seorang pemain Budiman FC didakwa menumbuk pemain Amna FC dan dia kemudian dilayangkan kad kuning.
Bagaimanapun, pengadil menarik keputusan tersebut dan memberikan kad merah kepada pemain yang dikatakan melepaskan tumbukan berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang marah dengan tindakan pemain itu, malah mereka turut meninggalkan komen-komen sindiran.
“Pi masuk muay thai lah nak bertumbuk bagai. Macam menang RM100,000 seorang,” marah pengguna X.
“Main bola pun nak koyak, mesti main congkak dulu pun kalah menangis panggil mak,” sindir individu lain.
“Jenis-jenis baran ye, makan api ke pasukan ni,” perli seorang lagi pengguna X. – KOSMO! ONLINE
Da la tak terer main bola pastu tumbok muka orang.macam bodoh punya budak. pic.twitter.com/6lUnos7edr
— KingAnjang (@mryusfauzi) December 24, 2024