fbpx

Tiada rakyat Malaysia terjejas pergolakan di Mozambique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan berterusan yang berlaku di Mozambique termasuk ibu negaranya, Maputo.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, susulan itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria, Afrika Selatan berterusan berhubung dengan 20 rakyat Malaysia yang menetap di Mozambique.

“Setakat ini, tiada rakyat Malaysia di sana yang dilaporkan terjejas oleh situasi itu.

“Suruhanjaya Tinggi sentiasa memantau keadaan di lapangan dengan teliti,” katanya hari ini.

Pada masa sama, Wisma Putra turut menasihati rakyat Malaysia yang mempunyai keperluan mendesak untuk ke Mozambique agar menangguhkan perjalanan mereka buat sementara waktu.

Katanya, pihaknya terus komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara dan akan memberikan maklumat terkini sekiranya diperlukan.

Sebelum ini, rusuhan di Penjara Maputo menyebabkan angka kematian sebanyak 33 orang selain 15 orang lagi dilaporkan cedera.

Insiden itu dikaitkan dengan pilihan raya yang dipertikaikan sejak Oktober selepas Mahkamah Tinggi Mozambique mengesahkan kemenangan parti pemerintah Frelimo.

Keputusan itu seterusnya mencetuskan bantahan baharu di seluruh negara oleh kumpulan pembangkang yang mendakwa undian berkenaan dimanipulasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI