fbpx

Telegram, WeChat mula proses pelesenan operasi di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Perkhidmatan aplikasi Telegram dan Tencent (WeChat) kini telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, susulan itu, pihaknya memuji komitmen Telegram dan Tencent untuk mematuhi keperluan pelesenan tersebut.

“Kedua-dua platform dijangka akan memenuhi syarat yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia dalam masa terdekat.

“Keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari depan bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

MCMC berkata, kerangka itu dirangka mewujudkan persekitaran dalam talian yang dipercayai dan selamat.

Katanya, ia selari dengan seruan agar penyedia perkhidmatan melindungi pengguna khususnya kanak-kanak dan golongan rentan.

“Rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan keselamatan, pengalaman pengguna yang lebih baik serta perlindungan yang lebih teguh terhadap kandungan berbahaya.

“MCMC mengingatkan semua penyedia perkhidmatan yang memenuhi syarat pelesenan agar mengemukakan permohonan mereka dengan segera sebelum
tarikh akhir pada 31 Disember ini,” jelasnya.

Tegasnya, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil walaupun ianya adalah perkara yang mahu dielakkan oleh semua pihak.

“MCMC juga komited untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada semua penyedia perkhidmatan bagi memastikan proses permohonan mereka berjalan lancar,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI