fbpx

Russia bedil pesawat Azerbaijan Airlines?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beberapa lubang mencurigakan yang dikesan badan pesawat Azerbaijan Airlines. - Mail Online

ASTANA – Rakaman penerbangan Azerbaijan Airlines yang terhempas semalam menunjukkan lubang mencurigakan pada fiuslaj atau badan pesawat, membawa kepada spekulasi kapal terbang itu ditembak oleh Russia. 

Laman berita Mail Online melaporkan  bahawa penerbangan membawa 62 penumpang dan lima kru itu terhempas dekat  bandar Aktau, barat Kazakhstan. 

Pesawat itu dalam perjalanan dari ibu kota Azerbaijan, Baku menuju ke bandar Grozny di Russia. 

Imej radar penerbangan menunjukkan pesawat terbabit melalui Republik Dagestan di perairan Laut Capsian sebelum hilang dan terdedah kepada sistem pertahanan udara Russia. 

Pesawat itu muncul kembali dalam radar kira-kira sejam kemudian dan terbang rendah berdekatan barat Kazakhstan sebelum terhempas.

Sebelum kemalangan, kru kabin turut melaporkan mendengar bunyi kuat pada badan pesawat. 

Mereka menganggap pesawat itu merempuh kawanan burung.

Namun siasatan awal mendapati bunyi kuat itu berpunca daripada letupan tangki yang membekalkan oksigen pada kokpit.

Penyahtekanan secara tiba-tiba itu menyebabkan kerosakan ketara pada badan pesawat.

Wartawan Wall Street Journal, Yaroslav Trofimov berkata, spekulasi media Russia termasuk pertahanan udaranya menyangka pesawat berkenaan ialah  dron Ukraine.

Pesawat jenis  Embraer 190 milik Azerbaijan Airlines itu dikatakan cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Grozny di Chechnya.

Ketika itu Grozny berdepan serangan dron Ukraine.

Pesawat itu bagaimanapun dilarang mendarat dengan alasan cuaca berkabus.

Pegawai keselamatan turut melaporkan bahawa pertahanan udara Chechen melepaskan tembakan ke arah dron Ukraine dengan sekurang-kurangnya sebuah dron meletup.

Banyak persoalan dibangkitkan termasuk sama ada pesawat itu terhempas akibat terkena tembakan anti-dron ketika cuba mendarat di Grozny.

Pihak berkuasa di Kazakhstan berkata mereka menyiasat semua kemungkinan termasuk masalah teknikal, lapor agensi berita Interfax Rusia.

Angka terkini menunjukkan 22 daripada 29 mangsa yang terselamat sedang dirawat di hospital dengan tujuh daripada mereka parah, manakala sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas tercampak keluar dari badan pesawat.

Penerbangan Embraer E190AR dengan nombor pendaftaran 4K-AZ65 itu menghantar isyarat kecemasan pada ketinggian 2,125 kaki di atas Laut Caspian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI