fbpx

Pesalah khalwat berulang akan disebat dalam dewan masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan sedang melakukan persiapan pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Masjid Al Muktafi Billah Shah yang terletak di Ladang di sini telah bersedia untuk menjadi lokasi hukuman sebatan kepada pesalah khalwat berulang yang akan dilaksanakan esok.

Pelaksanaan sebatan sebanyak enam kali terhadap pesalah, Mohd. Affendi Awang, 42, yang merupakan duda anak lima akan dilakukan di dalam Dewan ‘Aasim yang terdapat di masjid berkenaan.

Tinjauan Kosmo! hari ini mendapati persiapan rapi sedang giat diadakan oleh kira-kira 20 kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.

Mereka yang dibantu beberapa pegawai Masjid Al Muktafi Billah Shah dilihat menyediakan kaunter pendaftaran dan memasang tali penghadang di luar dewan.

Notis larangan merakam gambar dan video sepanjang pelaksanaan hukuman juga ditampal di sekeliling pekaranhan dewan tersebut.

Hukuman sebat oleh pegawai penjara terhadap Mohd. Affendi akan dilaksanakan selepas solat Jumaat esok.

Terdahulu duda anak lima, Mohd. Affendi Awang, 42, dijatuhi hukuman enam sebatan itu selepas mengaku bersalah atas kesalahan berkhalwat buat kali ketiga di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 20 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI