JAKARTA – Perbuatan seorang pemandu teksi e-hailing yang leka bermain telefon bimbit ketika membawa penumpang mengundang kecaman orang ramai, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @rohankhule menunjukkan pemandu itu menonton video masakan termasuk cara membuat telur dadar.
Bahkan, dia berbuat demikian sambil memandu dalam keadaan laju di jalan raya.
“Pemandu berkenaan sedang ‘belajar’ cara untuk membuat telur cacar sambil membahayakan nyawa orang lain,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 558,000 tontonan sehingga ditonton oleh polis dan Jabatan Trafik Mumbai.
Polis Mumbai berkata, siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI