fbpx

Pemuda OKU tidak mengaku jadi keldai akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, hari ini.

BALIK PULAU – Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini dua tuduhan menjadi keldai akaun melibatkan kerugian berjumlah RM22,480 kepada mangsa.

Tertuduh, Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, yang juga seorang orang kelainan upaya (OKU) fizikal mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dalam milikannya iaitu dalam akaun sebuah bank, wang berjumlah RM10,800 milik seorang lelaki berusia 32 tahun.

Tertuduh didapati telah serahkan kad atm miliknya tersebut kepada seorang lelaki di Kuala Lumpur melalui penghantaran kurier di sebuah kilang di kawasan perindustrian Bayan Lepas, pada pukul 6.05 petang, pada 13 November lalu.

Dalam pada itu, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didapati ada dalam milikannya iaitu dalam akaun bank miliknya wang berjumlah RM11,680 milik seorang lelaki berusia 62 tahun.

Tertuduh didapati telah serahkan kad ATM miliknya kepada seorang lelaki di Kuala Lumpur melalui penghantaran kurier di sebuah rumah di Bayan Lepas, kira-kira pukul 1.36 tengah hari, 14 November lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong manakala tertuduh diwakili peguam, Yusmadi Yusoff.

Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan sebutan semula kes pada 27 Januari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI